Sunday, 30 April 2023

WAH, SERONOKNYA BERHARI RAYA DENGAN SHAKLEE!


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog #CheYahUHG. Alhamdulillah 🤲 syukur selepas hari raya 1 syawal 1444H, harini 9 syawal 1444H bersamaan 1 Mei 2023 Che Yah terpanggil untuk kongsikan topik best berkaitan Hari Raya semestinya lah kan? Masih lagi mood raya. Maklumlah kebiasaan rakyat Malaysia ni beraya sebulan kan? Hehe

Untuk entry baru ni tajuknya ialah Wah, Seronoknya Berhari Raya Dengan Shaklee!. Ha baca tajuk pun bunyi happy, seronok dan meriahkan? Ok, jom che yah share? Alhamdulillah paling syukur sekali raya tahun ini bukan raya mengejut dan terkejut kan?

Hari Raya dengan Shaklee ni paling bestnya adalah berat tak naik walaupun makan banyak juadah hari raya. Berat maintain saja.

Kebiasaannya bila berpuasa, berat badan turun banyaklah, tapi bila raya, berat badan naik bagai dipam-pam 2kg atau 3kg atau ada yang sampai 5kg naik berat bulan raya. Ibaratkan sama jer, lepas raya berat naik jugak. 

Tapi sangat berbeza dengan berhari raya bersama shaklee. Kenapa bila berhari raya dengan shaklee rasa seronok sebab shaklee ada set detox, set kurus dan set hellow new you untuk bantu berat kita maintain tak naik-naik walaupun makan macam-macam juadah hari raya seperti ketupat, rendang, lemang, nasi impit, kuah kacang, lontong, soto, bihun sup, mee kari, laksa, kuih raya, kek raya dan sebagainya.

Macam mana seronoknya hari raya dengan shaklee ni, untuk che yah sendiri che yah pilih set hellow new you ni. Lengkap semua. Kurus dan detox skali in syaa Allah. Sebab dalam set hello new you ada Protein Shake (Cinch shake), ejen pembakar lemak 2 jenis iaitu minyak ikan (OmegaGuard) dan lechitin serta ejen cuci usus atau detox usus iaitu herblax. Kan lengkap kan? , paling bestnya bulan raya ni shaklee datangkan promo Hello New You Set lagi siap Free 1 tong cinch shake lagi. Ha mana tak seronoknya kan?. 

Jom Che Yah Share macam mana Hello New Set ni dapat bantu maintainkan berat kita. Bila dah raya, semestinya awal pagi nak jamah sebagai breakfast ketupat rendang dulu kan?. Boleh, makan saja. Jamahlah, dah raya kan? 
Ha tengok gambar ini, dah makan ketupat, lemang dan rendang tu, jangan lupa lepas makan telan OmegaGuard dan lechitin tau untuk bantu proses pembakaran cepat. Lemak terus diproses dan lemak jahat dibakar. Ha selamat berat kita kan? 

 bila dah start makan macam-macam ni, kebiasaan hari raya ni, ramai kena sembelit, angin banyak dalam badan susah nak keluar dan perut jadi tak sedap, rasa sebu jer. Rasa tak best sangat perut, perut pun jadi buncit sebab dah makan-makan, tapi tak membuang selama 3hari. Kesian kan? Tapi dengan adanya set hello new you di dalam rumah, syok tau. Sebelum tidur telan herblax 3@4biji, bangun pagi esok lega perut, sedap perut, angin pun banyak keluar. Paling penting dapat membuang setiap hari. Segala makanan yang kita makan hari raya banyak-banyak tu yang tak diperlukan oleh badan terus buang, tak simpan lama-lama dalam badan kita. Itu yang best tu badan rasa ringan dan berat maintain kurus, naik penimbang, jarum tak naik-naik dah. Best ke best? 

Bila dah penat dah nak makan juadah hari raya, boleh "shake shake cinch" bagi perut kejap, kenyang lama in syaa Allah. Cinch ni bukan sebarang protein shake, ianya protein shake yang special ada bina otot-otot baru balik dengan adanya tambahan "leucine" dalam cinch shake tu. Wah, seronok kan? 




Tuesday, 25 April 2023

APAKAH INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA TAWARKAN?


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua kepada pembaca setia blog#CheYahUHG. Salam 4 syawal 1444H. Alhamdulillah 🤲 syukur, setelah bercuti dari menulis sekejap kerana persediaan nak raya dan raya pun dah lepas, jadi, che yah start sambung menulis blog balik.

Dengan topik yang Che Yah nak share ni sangat best untuk buat duit iaitu Apakah insentif Shaklee Malaysia Tawarkan?

Insentif yang shaklee tawarkan sangat lumayan dan berbaloi-baloi sangat dengan syarat buatlah bisnes shaklee, sahabat pasti tidak akan menyesal in syaaAllah seperti che yah tidak pernah menyesal buat bisnes shaklee sejak tahun 2013 sehingga tahun 2023 sekarang ini.

Jom Che Yah share Insentif Shaklee tawarkan kepada semua distributor shaklee adalah seperti berikut:

1. CASH BONUS (Bonus Tunai) 

Cash bonus ni terbahagi kepada 2 :
Yang pertama, untung runcit. Untung runcit ni up to 20-25%

Yang kedua, bonus dari hasil jualan kita dan team. Bonus dalam Shaklee ni pula ada banyak pecahan antaranya:
Bonus jualan peribadi
Bonus jualan kumpulan
Bonus kepimpinan
Bonus infiniti

2. CAR BONUS (Bonus Kereta) 

Shaklee tawarkan bonus kereta. Tapi Shaklee tak bagi kereta seketol tau. Shaklee bagi dalam bentuk duit dan ikut suka kitalah nk beli apa dengan duit itu. Kenapa Shaklee bagi duit, tak bagi kereta?

"Sebab cita rasa manusia lain-lain"

Ya betul, sebab citarasa semua berbeza mengikut keperluan dan kehendak masing-masing. Ada org suka dapat kereta, Ada org dah ada kereta, jadi, tak nak dah tambah kereta baru. Jadi shaklee bagi duit, ikut suka kita lah nak guna duit bonus kereta itu untu apa. 

3. CONVENTIONAL TRIP (Program Lawatan Insentif Serantau & Antarabangsa) 

Shaklee tawarkan kita 2 jenis trip:

a) Regional trip
b) International trip

Serius trip shaklee mewah dan best sangat-sangat. Turun flight, beg kita dah ada org bawa sampai pintu hotel dah. Siap dapat duit poket lagi tau. Hotel pulak 5 star Shaklee bagi. Lepastu kan masuk bilik, dapat lagi hadiah atas katil (surprise gift). Tu baru regional trip

Kalau International trip lagi bestt tau. International trip ada 2

a) Umrah
b) Negara yg Shaklee pilih, macam tahun lepas shaklee bagi Switzerland

Masa Pandemik Covid 19, Shaklee bagi duit CASH trip kepada yang lepas point 

Dan lagi bagusnya, untuk siapa yang lepas point trip tapi tak dapat pergi disebabkan sebab-sebab yang tak mengizinkan untuk pegi,kita boleh bagi hadiah free trip itu kepada mak ayah kita, adik beradik kita atau anak-anak kita. 
Jadi, nampak tak apa shaklee tawarkan yang buatkan ramai setia sampai sekarang. 😊

4. SAA Star Achiever Awards

Anugerah dan ganjaran tahunan untuk pencapaian perniagaan dan kepimpinan yang cemerlang.

Dan lagi bestnya untuk Tahun ini FY2023 shaklee ada nak bagi extra insentif yang sangat-sangat best bermula April 2023 sehingga Jun 2023 untuk semua ahli baru dan lama yang berdaftar bermula Distributor sehingga senior Supervisor layak untuk join SUPERVISOR MONTHLY CHALLENGE APRIL TO JUNE 2023 ini. 

Apa yang penting jom register ahli sekarang dan fight untuk move up rank Supervisor start April atau Mei atau last Jun 2023 baru layak dapat extra RM600. 

               ini untuk Distributor 

ini pula untuk yang dah supervisor atau Senior Supervisor 

Ha bestkan? Nak register ahli untuk join SUPERVISOR MONTHLY CHALLENGE APRIL TO JUNE 2023 boleh klik link ini

Apa yang shaklee tawarkan ini, semuanya che yah dah dapat. Jom che yah share "achievements" che yah dalam bisnes shaklee bermula dari:

CASH BONUS
Cash bonus che yah bermula dari RM100 (3angka sehingga 5angka) Alhamdulillah. 

CAR BONUS
Melalui bonus kereta ni che yah dapat beli sebuah kereta dan sebuah rumah milik che yah sendiri atas nama Noriah Binti Ibrahim. Alhamdulillah.


Selepas beli kereta 2014, pada tahun 2020 Allah rezeki che yah beli rumah pula 100% guna payslip shaklee dan bayar dengan bonus kereta shaklee. Alhamdulillah. 
INCENTIVE FREE TRIP

Regional Trip (8x) 


International Trip  (1X)
Yang bestnya shaklee bagi Free telekung siti Khadijah sepasang, sling beg dan beg kasut
Shaklee juga bagi free 1 luggage brand yang mahal samsonite 
Tidak lupa shaklee bagi free tumbler

dan juga shaklee bagi kejutan belanja kami naik HARAMAIN HIGH SPEED TRAIN DARI MADINAH KE MEKAH. alhamdulillah 

In syaa Allah  13 Syawal 1444H bersamaan 4 Mei 2023 Che Yah akan berangkat menunaikan ibadah Umrah bersama Jemaah shaklee. Tolong doakan Allah permudahkan segala urusan kami jemaah shaklee semua. Moga kami semua dapat umrah yang mabrur dan maqbul. Aamiin Ya Allah Ya mujib. 

Semuanya ditaja sepenuhnya (fully sponsored by shaklee) duit poket pun shaklee bagi juga. 

Bestkan buat bisnes shaklee? 
Jom Che Yah nak bantu sahabat pula dapat semua apa yang che yah dah dapat ni. 

Boleh direct wasap che yah 019-3039690 atau klik link ini

Jom follow Facebook che yah 
Jom follow Tik Tok Che Yah
Jom follow Instagram Che yah  @cheyah.noriahibrahim 

#CheYahUHG 
#UHG 
#bisneswithUHG 
#jommulabisnes2023 
#registerahliRM35@ 
#registerahlifree 
#blogmegashaklee 
#shakleethrive2023 
#shakleethriumph2023 
#nextlevelblogging 






Thursday, 13 April 2023

9 TIPS KURUS DENGAN CEPAT DAN BERKESAN


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada sahabat pembaca setia blog post Che Yah UHG yang che yah kasihi dan sayangi kerana Allah. Alhamdulillah, biiznillah terima kasih singgah sekejap membaca di sini. In syaa Allah moga entry che yah sedikit sebanyak dapat memberi ilmu yang bermanfaat untuk sahabat.

Ok, untuk entry baru kali ini, lagi best topiknya dan Che Yah sangat suka untuk Che Yah share pengalaman atau Journey Che Yah sendiri dalam proses penurunan berat badan iaitu nak kurus.

Setiap wanita mengidamkan kulit wajah yang cantik, tubuh badan yang cantik, shape up dan kurus. Dapat berat badan yang ideal. Betul kan?. Tapi sebenarnya paling penting dan utama kita nak sihat, kurus dan cantik. Bukan kurus dan cantik saja tau. Beza tu.

Kalau kita nak kurus dan cantik saja, kita akan ambil jalan pintas untuk kurus dan cantik tanpa mengira adakah jalan pintas itu sihat dan selamat untuk kita ikut atau tidak. 

Sebagai contoh jalan pintas yang biasa orang buat ialah dengan terpengaruh mengambil pil atau ubat kurus yang diiklankan di media sosial atau laman sesawang shoppee atau lazada dengan mengatakan pil atau ubat kurus ni boleh berkesan dengan cepat tanpa mengira faktor pil tersebut selamat dan berkesan atau tidak.

Ada jugak yang sanggup  berhabis ribuan ringgit pergi buat di klinik-klinik untuk sedut lemak dan potong usus nak jalan pintas kurus dengan cepat tanpa mengira jalan tersebut ada kesan sampingan atau tidak dikemudian hari. Memang ada risikonya sedut lemak ini. 

Bagi pendapat che yah sendiri, sekarang ni, banyak dah kesedaran dari kita untuk memilih jalan yang sihat dan selamat secara normal dan natural untuk proses penurunan berat badan yang ideal. 

Di sini che yah nak kongsikan 9 Tips Kurus Dengan Cepat dan Berkesan yang che yah sendiri buat dan ikut.

1. Niat kena Betul

Nak kurus ni, kena ada niat nak kurus. Kalau tak ada niat nak kurus, takkan kurus tau. Dia tak menjadi kurus, tapi dia jadi lagi nak makan. Hehe. 

Bila kita niat nak kurus, kita kena niat yang baik dengan betul. Kita niat nak kurus untuk apa? Kalau kita niat kita nak kurus untuk nak cantik, pakai baju ketat-ketat dan nak menunjuk bentuk badan kita kepada orang, baik tak payah kurus. Itu dah nak tayang "body" dan bab aurat tak jaga.

Nak kurus niat yang baik dan betul macam ni. Niat dalam hati, Ya Allah aku nak kurus sebab aku nak rasa mudah dan senang beribadah kepadaMu, supaya badan aku lebih ringan, lututku tidak sakit, aku tidak rasa mengah lagi ketika mendirikan solat dan pergerakan dalam solat pun baik in syaa Allah. 

Bila aku kurus, aku tetap akan menjaga auratku dengan baik. Tidak pakai baju yang ketat-ketat, akan pakai baju longgar-longgar saja. In syaa Allah. Tujuan utama nak kurus aku nak sihat, bertenaga dan badan ringan untuk mudah beribadah kepadMu Ya Allah. Ha boleh niat dan terus doa macam tu,in syaa Allah journey kita kurus tu Allah permudahkan.

2. Nak kurus kena Ubah Mindset

Bila kita dah niat yang baik dan betul, tips kedua adalah ubah mindset kita. Kalau sebelum ni kita rasa, susahnya nak kurus, mencabarnya nak kurus dengan godaan makanan di Malaysia ni sangat sedap. Kita kena bertekad, nak ubah mindset kita dengan sentiasa di fikiran kita ada pemikiran positif, in syaa Allah mudahnya nak kurus jika kita ada ilmu dan tekad yang kuat nak kurus. Sentiasa positif dengan mengatakan in syaaAllah aku pasti boleh kurus dengan ikut cara yang betul. Ramai saja di luar sana boleh kurus. Kenapa aku tak boleh kurus? Aku pasti boleh kurus jugak. Jadi, jaga dan ubah mindset kita


Selepas buat keputusan untuk kurus, 
Lakukannya dengan bersungguh-sungguh . Jangan banyak alasan untuk tangguh impian sahabat ye. Jangan sekadar cakap saja, tapi tiada niat dan matlamat yang jelas untuk kurus. 

Kalau hari ini sudah set dalam diri untuk kurus,hari ini juga terus buat . 
Bukannya besok , lusa atau minggu depan . Lebih baik ,letak matlamat untuk kekal sihat . 

3. Kena kuat Semangat

Nak kurus ni, bukan satu perkara yang mudah kan?. Nak kurus tak semudah ABC perlukan semangat yang kuat, nekad dan tekad serta pengorbanan dan kesabaran juga tau. Dah cakap nak sihat, kurus dan cantik kan? Kenalah kuat semangat dan berkorban kan?. Bila kita ada matlamat yang jelas kenapa kita nak kurus, in syaa Allah kita pasti boleh kuat semangat. 

4. Cari team Suport kurus kita

Ini lagi bagus dan kita akan lebih kuat semangat dan bersemangat jika kita jumpa dan ada team support kurus kita. Orang kata ada geng ni best. Sama-sama ada matlamat yang sama ni mudah capai matlamat. Tidak ada lah kelaut dalam. Buat berjemaah, bukan kita sorang saja nak kurus, tapi kita nak kurus secara berjemaah. Seronok kita ada team support ni. Paling best boleh berkongsi progress journey kurus masing-masing. Kongsi menu diet sihat masing masing. Kongsi berapa dah berat masing-masing dah turun kan? Jadi, kita akan berlumba-lumba nak cepat-cepat capai matlamat kita kurus dengan cepat. 

5. Pilih program diet yang kita mampu ikut

Ada bermacam-macam kaedah dan jenis- jenis diet yang ada di malaysia ni antaranya yang femes sekarang ini diet suku-suku separuh (DSSS) , intermittent fasting(IF) diet, Low Card/Atkins Diet, Paleo Diet dan Keto Diet

Jadi pilihlah yang kita rasa senang ikut. Macam che yah sendiri che yah ikut Diet Suku-suku separuh (DSSS) dan  Intermittent fasting (IF). Che yah buat IF (16:8). Sesekali buat Keto diet dan Detox. Itu sahaja, sebab bila kita rasa kita boleh dan mampu ikut kita akan happy dan tak rasa terbeban dan tertekan dalam journey kurus kita. In syaaAllah. Malah kita rasa enjoy je. Sebab emosi juga mempengaruhi penurunan berat kita. Emosi happy in syaa Allah berat mudah turun, kita dapat kurus dengan cepat ikut pengalaman che yah lah

6. Makan secara sihat dan bersih (eat healthy & eat Clean) 

Kita kena ubah cara kita pilih makanan. Makanan macam mana kita nak makan, lagi bagus pilih yang makanan yang kurang gula, kurang garam, kurang minyak dan kurang manis. 

Sebaiknya minuman kita potong gula terus. Banyakkan minum air masak dan air kosong atau kopi atau teh tanpa gula putih. Elakkan kuih yang manis dan makanan yang berasaskan tepung putih. Pilih tepung gluten free. Dan pilihlah beras perang, beras rebus (parboiled rice) atau nasi putih yang dah masak dengan minyak kelapa dara atau minyak sihat yang lain,lepas masak, masukkan dalam peti ais semalaman dan esok panaskan baru makan dipanggil nasi kanji resistan (resistance starch). Che yah sendiri pilih nasi kanji resistan ni. 

                Beras Rebus(Parboiled) 
                      Beras perang 

7. Kurangkan Karbohidrat, lebihkan Protin, sayur dan buah-buahan

Ini boleh buat dalam diet suku-suku separuh yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri yang cadangkan. Program Pinggan Sihat Malaysia. Ini Lebih baik dan senang bagi che yah untuk ikut. 

Dalam pinggan kita letak suku nasi, suku protin (lauk) dan separuh buah dan sayur. Kan senang. Ikut pengalaman che yah sendiri memang kenyang lama bila kita makan sayur banyak. Sebab sayur ada fiber jugak. Walaupun makan nasi hanya suku, tapi serius betul kenyang lama. Tak percaya? Cuba lah dulu. 

8. Pilih aktiviti senaman yang kita mampu ikut

Kena bersenam jugak ye sahabat. Nak kurus dengan cepat tiada jalan pintas untuk tidak bersenam. Dengan bersenamlah otot kita lebih kuat dan pejal serta kita akan rasa lebih bertenaga dan paling penting lemak dan kalorie terbakar dengan cepat. Pilihlah senaman yang mudah saja. Che yah pilih senaman indoor seperti powerwalk selama 30minit sehingga 1jam lebih kurang 5000-10000 langkah (steps) setiap hari. Bila kita buat senaman macam ni setiap hari, otak kita lebih cerdas tau untuk berfikir, lebih fokus. In syaa Allah. 

9. Ubah Lifestyle 

Akhir sekali, ni sangat penting bila kita dah kurus, berat kita dah dapat berat yang kita nak iaitu berat yang ideal. Lifestyle kita dah berubah. Kita dah ubah lifestyle yang tidak sihat kepada lifestyle yang lebih sihat in syaa Allah. Kita teruskan saja tips 1-8 itu dan jadikan ianya sebagai lifestyle kita sampai bila-bila, in syaa Allah berat badan kita maintain dan terkawal. Kita akan rasa lebih sihat, kurus, bertenaga dan cantik.

Itulah yang che yah dah buat selama 4 bulan journey che yah dapatkan berat badan dari 68kg kepada 58kg. Jumlah penurunan sebanyak 10kg dan inchloss yang banyak jugak. Tapi che yah add on satu benda lagi iaitu supplement set Hello New You Shaklee. 

Sampai sekarang berat che yah maintain bawah 60kg alhamdulillah 🤲. 

Ini che yah kongsikan gambar gambar testimoni journey kurus che yah

         Sebelum 68kg dan selepas 58kg
        Sebelum 68 kg dan selepas 58kg
                               58 kg

Akhir kalam untuk entry ini, nak kurus dengan cepat tidak ada jalan pintas yang sihat dan selamat. Pilihlah jalan yang lambat sikit, kena sabar lah tapi in syaa Allah sihat, selamat dan berkesan, bukan jadi yo-yo. Sekejap turun, sekejap naik. Kita nak bila dah turun, maintain saja berat kita. Apa pun benda yang kita nak buat kena dengan adanya ilmu. Ada ilmu in syaa Allah betul, baik dan berkesan. 

Terima kasih banyak-banyak kerana sudi baca entry ini sampai habis. Sharing dari hati in syaa Allah sampai ke hati sahabat pembaca budiman che yah. 

Nak berkawan dengan che yah di
Facebook klik link ini
Nak tanya pasal shaklee? Klik link ini

#CheYahUHG 
#UHG 
#bisneswithUHG 
#jombisneswithUHG 
#shakleeperlis 
#readystockshaklee 
#shakleemalaysia 
#jommulabisnes2023 
#registerahliRM35@ 
#registerahlifree 
#blogmegashaklee 
#shakleethrive2023 
#shakleethriumph2023 
#nextlevelblogging 





Monday, 10 April 2023

Bisnes Online Terbaik Malaysia : BISNES SHAKLEE


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog #CheYahUHG. Terima kasih kerana masih sudi singgah membaca di blog ini dan moga dapat ilmu yang yang bermanfaat di sini in syaa Allah. Aamiin Ya Allah Ya mujib. 

mesti sahabat tertunggu-tunggu entry baru Che Yah kan? Hehe, perasan femes.

Untuk entry ini, Che Yah nak kongsi tentang satu topik yang best, yang hangat yang panas iaitu Bisnes Online Terbaik Malaysia: Bisnes Shaklee

Sebelum che yah kongsi kenapa Bisnes Online terbaik Malaysia : Bisnes shaklee Che Yah nak kongsi pengalaman che yah berniaga dulu, sebelum che yah jumpa shaklee dan buat bisnes shaklee. 

Jom Kita "Flash back" sekejap, Awal tahun 2012 Che Yah baru aktif di Facebook. Masa Che Yah duduk scroll-scroll news feed di Facebook, ada naik kat news feed Che Yah satu post dari Dr. Azizan Othman founder Rich works yang mengatakan "Siapa yang ada Facebook rugi kalau tak buat bisnes, rugi kalau tak buat duit melalui facebook sebab dalam Facebook juga ada zero cost Marketing selain Facebook Ads.

Alangkah ruginya duduk scroll - scroll Facebook saja-saja tanpa jana income sekali. Dari situlah terbuka minda dan che yah cakap kat suami, why not buat bisnes online dari rumah dengan mula buat bisnes secara dropship di Facebook.

Pada tahun itu jugalah Che Yah mula buat bisnes online di facebook dengan menjual seluar legging baby dan busha baby dari China. Che Yah cari Seller yang buat dropship dan terus join jadi dropshiper. Lepas tu che yah jumpa t-shirt muslimah, dan che yah juga buat dropship t-shirt muslimah dan  Masa buat dropship memang banyak masalah sebab barang tak ada kat tangan customer tanya tak boleh nak jawab. Contohnya t-shirt material apa, panas ke sejuk. Semua che yah tak tahu nak jawab.

Macam-macam lagilah Che Yah jual termasuk handbag murah dari china, baju kurung batik warisan readymade. che yah jugak pernah keluarkan tudung shawl sendiri (konon-konon nak jadi founder tudung) start buat sikit dulu. Lepas tu tak terjual.

Untung runcit entah ke mana hilang, tak nampak pun keuntungan bisnes masa tu. Semua duit buat rolling modal beli barang saja. Malah ada yang rugi sebab masa tu Che Yah berniaga dengan zero ilmu. Tidak ada ilmu.

Sampailah awal tengah tahun 2012, masa tu Che Yah tengah menyusu anak kedua dan nak masuk bulan Ramadhan. Punya risau nak puasa takut susu drop, mulalah che yah mencari set menyusu untuk nak ikhtiar supaya susu tak drop waktu che yah berpuasa. Bila search di google dan Facebook banyak naik set Menyusu shaklee.

Dari situlah che yah mula consume produk shaklee dan alhamdulillaih terus jatuh cinta dengan set menyusu shaklee sebab anak kedua che yah dapat menyusu dengan baik, susu cukup dan che yah dapat berpuasa semasa menyusu anak. Anak kedua che yah dapat menyusu selama 2 tahun dengan susu badan asbab dibantu oleh set menyusu shaklee. Alhamdulillah. 

Rentetan dari itulah che yah terjebak dengan bisnes shaklee dan terus jatuh cinta dengan bisnes shaklee kerana che yah melihat shaklee ini ada produk supplement untuk semua golongan (lelaki, wanita, warga emas dan kanak-kanak) 
dan senang jual sebab che yah sendiri dah ada testimoni set menyusu atau shaklee effects waktu itu. Bisnes shaklee ni bisnes mesra keluarga. Boleh jalankan  secara online dari rumah sahaja atau secara offline sahaja atau kedua-duannya online dan offline. 

Che yah terjebak bisnes online shaklee dari tahun 2013-2023 (10 tahun) dan che yah dah dapat semua 3C yang shaklee tawarkan. Alhamdulillah 🤲 

Cash bonus dari 2angka sehingga 5angka
Car bonus dapat beli sebiji kereta Honda Odyssey 
Sebuah rumah atas nama sendiri

umrah PERCUMA VVIP Shaklee

Alhamdulillah 'ala kulli hal, Hadza Rahmatun Min Rabbi.

Bisnes Online Terbaik Malaysia : Bisnes Shaklee

Sedikit tentang sejarah shaklee

Shaklee telah diasaskan oleh seorang Doktor. Pada tahun 1956 Dr. Forrest C. Shaklee telah mengasaskan Shaklee Corporation. 


Ringkasnya, kemudian Shaklee telah dibeli oleh seorang businessman billionaire yang bernama Roger Barnett. 


Roger Barnett, berumur 56 tahun pada tahun ini, merupakan CEO Shaklee Corporation. Beliau lahir daripada keluarga bisnes, salah satu bisnes keluarga beliau ialah jenama terkenal Burberry.

Pada umur beliau 30 tahun, beliau mula berfikir bagaimana nak expand bisnes beliau. Extensive research beliau lakukan. ANtara syarat yang beliau letakkan ialah,

  1. Bisnes yang dapat menjana income selama lebih 50 tahun.
  2. Bisnes yang boleh dibuat secara global (international).
  3. Bisnes yang dapat dikongsi bersama

Selepas 4 tahun lakukan research, beliau akhirnya berpuas hati dengan Shaklee. Ini kerana:

  1. Jika mahukan bisnes yang long lasting (bak kata beliau, nak yang lebih 50 tahun), maka perlu pilih healthcare.
  2. Shaklee boleh dikembangkan secara global
  3. Jika memilih healthcare, beliau mahukan jenama yang terbaik. The best product. Dan beliau mendapati Shaklee adalah the best product among syarikat health supplements.

Sebelum dapat beli shaklee, Roger Barnett pernah kena rejek

Apabila berpuas hati dengan pilihannya, beliau hubungi Shaklee (ketika itu ada Shaklee Japan) dan menawarkan diri untuk membeli Shaklee. Tapi beliau kena rejek “Not For Sale” kata Shaklee Japan.

Kalau ikutkan, boleh sahaja beliau berputus asa, kecewa dan sebagainya, tapi tidak. Selepas 2 minggu beliau hubungi sekali lagi Shaklee Japan dan menawarkan membeli Shaklee. Sekali lagi kena rejek.

Beliau kerap juga bercakap tentang visionnya tentang Shaklee. Orang bisnes, selalulah bercakap tentang dream dia. Pada satu ketika, Shaklee Japan nak expand, jadi bila nak expand, Shaklee buka untuk syarikat dibeli.

Ada banyak company dan orang perseorangan yang membida. Tapi disebabkan beliau sudah bersedia:

  1. Telah buat extensive research tentang Shaklee
  2. Telah ada planning yang hebat untuk Shaklee

Maka beliau dapat memiliki Shaklee pada harga USD310juta.

Betapa Roger Barnett dah mengkaji potensi bisnes shaklee boleh berkembang lebih jauh, maju dan berjaya lagi. 


9 SEBAB KENAPA BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA : BISNES SHAKLEE

1. SYARAT MUDAH

Syarat utama untuk mulakan bisnes Shaklee adalah perlu mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee dengan yuran keahlian RM35 sahaja.Dengan keahlian ini, anda boleh menikmati segala tawaran eksklusif yang ditawarkan oleh Shaklee termasuk mengakses sepenuhnya web Shaklee tanpa had. Daripada laman ini,anda boleh menguruskan bisnes anda termasuk menguruskan order dari pelanggan.

2. UNTUNG RUNCIT SEHINGGA 20%

Bagi setiap produk Shaklee, anda boleh dapat untung runcit sehingga 20%. Banyak jugak tu. Contohnya setong ESP boleh buat anda untung RM 32 setong. Banyakkan

3. TIDAK PERLU MODAL BUAT STOK

Bila mahu memulakan sesuatu bisnes, mesti risau pasal modal yang perlu keluar bagi memulakannya. Dengan Shaklee, anda tak perlu keluarkan modal. Bila ada pesanan dari pelanggan, log in web Shaklee dan buat pesanan. Jadi tidak perlu buat stok di rumah.Mudah kan

4. SISTEM DROPSHIP

Bagi urusan penghantaran order pelanggan, anda tidak perlu keluar rumah. Memadai key in order ke dalam sistem Shaklee dan courier Gdex akan uruskan. Anda hanya perlukan sebuah telefon pintar dan internet untuk uruskan order pelanggan.

5. KOMISEN KEUNTUNGAN TINGGI

Selain untung runcit yang tinggi, bisnes Shaklee juga menawarkan komisen keuntungan yang besar. Setiap produk mempunyai unit value (uv) yang tersendiri. Dari minimum bonus sebanyak RM25 yang Shaklee tawarkan, anda boleh memperolehi pendapatan hingga 5 angka sebulan. Semuanya bergantung pada hasil jualan anda untuk sebulan. Lagi besar jualan, lagi tinggi komisen keuntungan yang bakal anda dapat. Shaklee juga tawarkan 3C.


6. SYARIKAT YANG KUKUH

Shaklee Corporation telah lebih 100 tahun menapak di dalam industri perniagaan. Ini membuktikan ianya syarikat yang kukuh kerana bukan senang untuk kekal dalam industri yang sentiasa mencabar. lanya telah memberi peluang berjaya dalam hidup kepada jutaan rakyat seluruh dunia dalam menikmati hasil perniagaan seumur hidup.



7. PRODUK TERKENAL , MUDAH DIJUAL 

Shaklee memang telah lama dikenali di Malaysia. Baru-baru ini shaklee menang Award Malaysian Trusted Brand dari pembaca buku Reader Digest selama 2 tahun berturut-turut 2021 dan 2022. Jadi ianya suatu bonus buat anda bila menjalankan bisnes ini .



8. FLEXIBLE 

Shaklee bisnes yang sangat flexible. Bila-bila masa, di mana-mana dan ke mana sahaja kita pergi, kita boleh jalankan bisnes ini asalkan ada smart phone dan line internet. (tidak terikat dengan masa, tempat dan tidak perlu minta izin dengan boss) 


9. HANYA DARI RUMAH 

Ada di antara dari kita yang mahu ada pendapatan sendiri dalam pada yang sama ingin menjaga sendiri anak - anak . Dengan bisnes Shaklee, anda boleh asuh dan didik anak dalam masa yang sama menjana pendapatan dengan Shaklee . 


Macam mana nak daftar jadi ahli ? Boleh terus daftar dari sini

Nak order shaklee klik link ini

Follow facebook Che Yah klik link ini

Follow Tik Tok Che Yah Klik Link ini

Follow Instagram Che Yah: @cheyah.noriahibrahim 


#CheYahUHG #UHG #blogmegashaklee2.0 #shakleethrive2023 #shakleethriumph2023 #nextlevelblogging