Wednesday, 24 August 2016

KALSIUM OSTEMATRIX Buat My PREGNANCY JOURNEY OWESOME!

Teks: Noriah Ibrahim (Che Yah)

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Harini C.Yah nak share pasal KALSIUM OSTEMATRIX yang sememangnya banyak sangat membantu C.Yah ketika waktu kehamilan anak yang ke-3 C.Yah. Memang OHSEM lah OSTEMATRIX ni. Sampai ke hari ini C.yah masih amik OSTEMATRIX ni.



Ostematrix ni bukan sekadar KALSIUM semata2 tau...ia KALSIUM yang LUAR BIASA khasiatnya & isi kandungan OSTEMATRIX ni selain KALSIUM salah satunya MAGNESIUM untuk membantu KALSIUM dapat diserap sepenuhnya( 100%) dalam badan kita. Sebab nilah ramai orang cari OSTEMATRIX ni.

C.Yah ambik OSTEMATRIX ni di trimester ke-2 kehamilan anak ke-3 C.Yah. Kesannya masyaAllah BERBEZA sangat-sangat semasa hamil anak pertama & kedua berbanding anak ke-3 ni. 

Dulu, masa C.Yah mengandung anak pertama & kedua, C.yah tak kenal lagi set hamil, bersalin & menyusu shaklee ni..sedih & kesian kan?

Masa hamil anak pertama & kedua C.yah lenguh sangat-sangat badan terutama di bahagian peha & betis. Sakit belakang & pinggang tak payah cakaplah..Allah saja yang tahu. Dengan sakit urat lagi & setiap kali bangun dari tidur mesti rasa nak cramp & tarik mengkarung banyak kali kena.huhu..terasa perit mengandung anak pertama & kedua masa tu. Nak mengurut jer tiap-tiap hari. Sebab tu gap 4 tahun anak ke-3 ni..hehe

Selepas 4 tahun, lepas C.Yah bersedia nak tambah anak lagi, pada bulan 5 tahun 2015,  C.Yah dapat tahu C.yah hamil..Ya Allah..Allah sahaja yang tahu betapa happy nya C.Yah nak dapat baby lagi..hehe..

Sebenarnya C.Yah teringin nak baby shaklee..kiki sebab ramai duk share baby shaklee ni sihat & kulit pun putih gebu & badan keras..senang pegang..kepala x lembik. Alhamdulillah..mengandung Anak-3 ni Allah makbulkan doa C.Yah nak baby shaklee jugak.

Memang start dari awal kehamilan C.Yah terus amik set hamil shaklee ( ESP+Vitalea iron formula+vitamin C+bcomplex) & masuk 3 bulan kehamilan baru C.Yah add on OSTEMATRIX. 

Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat dapat amik OSTEMATRIX ni sebab kesan dia masyaAllah boleh dikatakan lenguh-lenguh badan C.Yah dah tak rasa lenguh dah..lenguh di peha & betis pun hilang. Tiada lagi sakit pinggang & belakang. Tarik mengkarung & cramp dah tak menyerang dah masa hamil anak ke-3 ni.

Oh ye, masalah sembelit semasa hamil pun dah tak der. Dulu, Ya Allah sembelit..seram woo haha..sakit. Yang paling C.Yah syukur sangat-sangat dari awal kehamilan sampailah saat-saat nak bersalin C.Yah dapat solat berdiri..masa sarat pun mampu solat berdiri lagi malah sempat buat yang sunat lagi berdiri.
Betapa #vitaminshaklee ni dapat bantu C.Yah kekal sihat, cergas & cerdas sepanjang kehamilan anak-3 ni.

Malah di saat-saat nak bersalin dalam labour room pun C.Yah sempat amik OSTEMATRIX bersama BCOMPLEX untuk kurangkan rasa sakit semasa nak push baby tu & buat otot rasa relax tidak tegang. Alhamdulillah Allah bagi memang tidak rasa sakit & mudah sangat bersalin anak no-3 ni. Syukur Alhamdulillah...

That''s why C.yah nak habaq KALSIUM OSTEMATRIX ni mampu buat YOUR PREGNANCY JOURNEY pun OWESOME! In syaa Allah biiznillah..ameen

 
Ni gambar #babyshaklee C.Yah Nur 'Aliah Faqiehah, skarang usianya sudah 7bulan :-)
Alhamdulillah...baik, senang jaga & sihat!

Nanti C.yah citer masa berpantang dengan OSTEMATRIX ( Set Pantang ) & pasal BABYSHAKLEE #shakleeeffect kat baby pulak ye..in syaa Allah... di next entry...

Terima kasih kerana setia membaca sharing C.Yah :-)

Berminat nak order atau nak tahu lanjut pasal OSTEMATRIX, SET HAMIL, BERPANTANG & MENYUSU yang C.Yah amik..boleh contact di talian hotline C.Yah seperti di bawah ini :-)

Tuesday, 23 August 2016

BABYWEARING Banyak Bantu Mudahkan PERGERAKAN IBU SIBUK Seperti SAYA

Teks: By Noriah Ibrahim (CheYah)

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Ok, Skarang C.Yah Nak share Bagaimana  Penggunaan BABYWEARING ini banyak bantu C.Yah mudah bergerak ke mana2 sahaja berdua bersama baby tanpa suami di sisi & KELEBIHAN menggunakan baby wearing ini berbanding stroller bagi C.Yah lah.

BABYWEARING ni yang C.Yah tahu ada 3 jenis WRAP, RING SLING & SSC. Boleh dikatakan semua C.Yah suka & selesa pakai.
Yang C.Yah pernah cuba sekejap RING SLING. Ok..best guna senang..cepat jer nak pakai dia.

 
Ini RING SLING

WRAP pula memang C.Yah try lama dalam 2 minggu. Masa tu kawan suruh amik try dulu tengok selesa atau tidak sebelum beli sendiri dan C.Yah suka pakai WRAP tu. Alhamdulillah memang C.Yah lebih suka WRAP berbanding RING SLING sebab WRAP kainnya lebar & panjang, jadi C.yah boleh belit banyak skit dan rasa lagi selamat baby duk dalam WRAP & rasa sangat selesa.

Walaupun orang kata WRAP ni susah nak nak belit-belit & leceh tapi bagi C.Yah sebaliknya. C.Yah rasa mudah sebab dalam kereta pun C.yah boleh pakai WRAP tu..hehe orang kata "more praktis makes perfects betul?"

 
Tengok baby selesa & lena tidur dalam WRAP

 
Mudahkan pakai WRAP..selesa amat

 
Ni masa nak kemaskan depan cermin...terpaksa rendahkan badan sebab cermin rendah..hehe


Masa berhajat nak beli WRAP, tiba2 C.Yah dapat hadiah BABYWEARING BOBA AIR daripada SUPER DUPER UPLINE C.Yah is Presidential MASTER IFFAH ANUAR (MIA). Dia hadiahkan sempena new born baby shaklee bulan Januari 2016. Rezeki kan?..Alhamdulillah, masa tu masih belum beli lagi wrap syukur :-).

Bila dah rasa Pakai BOBA BABYWEARING ni lagi lah best..hehe sebab memang mudah, cepat & pantaslah penggunaannya..main klip-klip jer. Lepastu nipis, ringan & mudah dilipat kecil untuk dibawa ke mana2..masuk dalam handbeg pun boleh..hehe

Maka bermulalah episod berBABYWEARING dengan BOBA AIR. Tidak kira ke mana C.Yah pergi, bukak booth, Car Boot Sales,  pos barang customer, cod barang customer & pergi event2  kecil & besar yang dianjurkan oleh SHAKLEE COMPANY & UPLINE C.Yah. Rasa mudah jer. Tidak menjadi suatu kesusahan bagi C.Yah untuk join apa-apa program shaklee bawak bersama baby C.Yah dengan pakai BOBA AIR jer.

 
Ni bersama bapa saudara belah umi

Yang Paling Bestnya BABYWEARING ni kelebihan dia BONDING antara ibu dengan baby tu sangat rapat & erat sebab baby tidur rapat ke dada ibu.baby rasa selesa & selamat. anak C.Yah tidur pun lama dalam BOBA AIR. Hehe..

Bulan Jun 2016 lepas, C.Yha siap naik pentas NATIONAL CONFERENCE  terima AWARD    EFFECTIVE LEADER dalam BISNES SHAKLEE dengan pakai BABYWEARING BOBA AIR ni jer hehe..ini gambarnya. Memang C.Yah tak der stroller untuk baby ni sehingga umurnya skarang 7bulan :-). Baru nak usha2 stroller ni hehe..Tapi BABYWEARING tetap No#1 dihati C.Yah :-)

 
Semasa di Pentas National Conference Shaklee

 
Masih lagi di Pentas National Conference Shaklee

 
Sebelum naik Pentas National Conference Shaklee

Oh ye if anda pernah dengar & tahu pasal #vitaminshaklee & nak cuba...boleh contact hotline C.Yah ni :-). Terima kasih kerana menjadi pembaca setia blog C.Yah ni.





Monday, 22 August 2016

NAK Jadi LEADER HEBAT mesti ADA ILMU

Teks: by Noriah Ibrahim

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah...rasa terpanggil untuk share dengan pembaca blog ambo apa yang ambo buat weekend lepas (sabtu 20/8/2016)

Sebagai salah seorang "leader" dalam bisnes shaklee...ambo terasa masih banyak lagi benda yang ambo perlu belajar untuk memantapkan lagi ilmu "coaching" buat anak cucu downline ambo dalam team ambo sendiri iaitu "ummihealthyfamilies".

Pada pagi Sabtu lepas ambo & geng shaklee ambo di bawah group Surijunior Master Farihah telah buat keputusan untuk pergi ke kelas "Intensive Coaching by Master Haji Roslan" Bertempat di "Shaklee Penang Branch" pada pukul 2petang hingga 6petang dengan menaiki sebuah keretapi komuter dari Arau ke Butterworth.



Pada pagi Sabtu tersebut, kami buat keputusan nak naik komuter pukul 10.44 pagi tetapi pagi itu kami nyaris-nyaris tertinggal komuter pukul 10.44pagi tersebut. Alhamdulillah Allah tolong mudahkan kami pada hari tersebut, kami sempat naik komuter pukul 10.44pagi & dijangka sampai di Butterworth pada pukul 12.30tengahari. Kalau kami tertinggal komuter pukul 10.44pagi...pasti kami sampai lewat di Butterworth & terkejar-kejar nanti.

Sampai pukul 12.30tengahari Sempatlah juga kami makan & solat dulu sebelum join kelas tersebut pukul 2petang. Oh ya lupa...hehe ambo gi kelas tersebut ditemani baby shaklee ambo umur 7 bulan. Ambo panggil "adik sweet"...adik sweetlah yang setia pergi mana2 bersama ambo sebab adik eksklusif BF & ambo plok tak simpan/buat EBM.

 

Dalam komuter Allah temukan dengan sorang adik ni untuk ambo  "share" tentang kebaikan #vitaminshaklee. Dia student uitm kampus Arau namanya Annisa. Annisa terus berminat nak cuba vitamin #bcomplex bulan september nnti in syaa Allah.

 

Nilah geng ambo yg ambo citer tadi Master Farihah ( yang bertudung putih bunga-bunga) super upline ambo & Kak Badrul Asiyah ( yang bertudung kelabu ), sideline ambo di bawah group Surijunior Master Farihah.

 

 

 

Seronok jugak gi program atau kelas naik komuter ni...hehe. Sebelum ni pergi dengan kereta jer. Dan jimat pun jimat. Tiket pergi balik hanya RM20 dari Arau ke Butterworh.
Jimat masa & tenaga jugak. Siap boleh rehat-rehat lagi..nak tidur pun boleh..hehe. Orang cakap di mana ada kemahuan di situ nampak jalannya kan?

Ni jadual komuter tersebut. sape yang nak naik komuter belah2 Perlis, Kedah & Penang boleh lah tengok dan rujuk jadual perjalanan komuter ni kan?

 

Kami sampai Butterworth dalam pukul 12.40 macam tu...sideline ambo, Haslin Nordin offer  nak  amik kami di stesen komuter tersebut. Sideline ambo ni memang dah bermastautin di Penang, Jadi mudah dia datang amik kami bawak kami pergi branch. Ha..inilah Haslin tu :-). Baik dia sanggup amik & hantar kami ke stesen komuter tau. Moga Murah rezeki Haslin.ameen.



Kami berprogram  lebih kurang 4jam. Sharing pengalaman dalam bisnes shaklee ni daripada 4 orang speaker hebat-hebat ni. Start daripada Master Noorlaila, lepas tu Presidential Master Haji Roslan, kemudian Master Norwina & Last Sekali daripada Master Farihah sendiri.



 
Ni Master Noorlaila

 
Ni presidential Master Haji Roslan

Ni Master Norwina

Ni Master Farihah (Super Upline ambo yang banyak ketuk ambo)

 
Ni sorang lagi upline ambo Master Nini Nisrin ( yang terlalu banyak ketuk ambo & berjasa kat ambo dalam bisnes shaklee)

Alhamdulillah...selama Ambo join kelas ni..adik sweet ni baik jer..syukur sangat-sangat..anak ambo ni duk baik..Ambo dapat FOKUS kelas ni 100%...alhamdulillah...banyak sangat ilmu yang dishare dalam kelas ini yang boleh saya "apply" kan dalam organisasi atau team ambo #ummihealthyfamilies nanti. 

New spirit...New planning...New Approach...in syaa Allah...New Leader is coming soon & effective leader & rank up will be built in syaa Allah..ameen


Oklah, setakat ini sahaja sharing ambo hari ini. Next entry yang lebih segar & menarik yang ambo nak share dengan anda semua yang setia membaca di blog ambo ni in syaa Allah...

Anda Berminat Nak Sertai Team ambo # ummihealthyfamilies atau nak order #vitaminshaklee dengan ambo?...boleh hubungi ambo di talian hotline ni.


Terima kasih :-) see u next entry k :-)