Tuesday, 15 December 2015

7 Tips Atasi Dagu Berlapis

Teks: Noriah Ibrahim



Dagu berlapis disebabkan lapisan lemak yang menonjol di bawah dagu. keadaan ini dapat mengganggu, tidak enak dipandang dan menurunkan kepercayaan diri seseorang. Lapisan lemak di kawasan  bawah dagu boleh terjadi pada siapa pun, terutama pada orang gemuk. Selain itu, faktor genetik atau keturunan juga memainkan peranan1 penting munculnya dagu berlapis.

Berikut adalah 7 tip mudah untuk menghilangkan lemak pada dagu secara semula jadi, murah dan tidak berbahaya.

#tip 1: Kunyah Gula-gula Getah

     Mengunyah gula-gula getah adalah senaman yang baik untuk wajah. selain dapat membersihkan gigi dan membuatkan nafas berbau segar, kunyahan ini juga membantu mengatasi lemak di bawah dagu. Gerakan mulut membuatkan dagu juga bersenam secara tidak langsung.

#Tip 2: Guna Ketulan Ais

     Gunakan ais ketul untuk membantu mengatasi dagu berlapis. Letakkan ais di dalam kain, kemudian tekapkan ketulan ais di bawah dagu. Telan dan lepaskan, lakukan gerakan ini sebanyak 20 hingga 30 kali. Amalkan setiap hari, kulit bahagian dagu akan tampak semakin anjal.

#Tip 3: Jelirkan Lidah

     Jelirkan lidah anda keluar, jika boleh cuba sentuh hujung hidung. Jika tidak, lakukan yang termampu. Gerakan ini menguatkan otot dan mencantikkan bahagian dagu. Otot di bahagian leher juga terasa tegang. Lemak yang berkumpul di dagu dapat dikurangkan. Lakukan sekerap mungkin, anda pasti gembira dengan hasilnya.

#Tip 4: Senaman Wajah

     Lakukan senaman wajah dengan menyebut a,e,i,o,u sebanyak 40kali. Amalkan senaman ini pada waktu pagi dan malam secara konsistan. Gerakan mulut yang terhasil daripada sebutan huruf tersebut dikatakan dapat membantu membentuk wajah menjadi lebih menarik.

#Tip 5: Mendongak

     Sebaik sahaja bangun daripada tidur, dongak kepala ke atas selama 15 saat. Lakukan sebanyak 10 kali, menjadi tegang. Bahagian dagu yang berlipat akan berkurangan secara perlahan-lahan.

#Tip 6: Jaga Pemakanan

     Elakkan makanan berlemak, kerana ia membuatkan berat badan mudah naik. Begitu juga dengan wajah, bahagian dagu akan berlapis jika anda gemar mengambil makanan berlemak dan berkolesterol tinggi.

#Tip 7: Urutan

     Gunakan krim arau lotion, lakukan urutan dahu secara menaik. Teknik urutan ini membantu memecahkan lemak dan membuatkan kulit di bahagian serta leher semakin anjal.

Sumber: MW

Terima kasih kerana sudi singgah baca entry ini :-) moga bermanfaat untuk anda semua :-)

Salam sayang;
Noriah Ibrahim
Shaklee Independent Distributor
Cod area Perlis 

No comments:

Post a Comment