Teks: Noriah Ibrahim
Fb: UmmiHealthy
Percutian in on the spot dirancang oleh adik ipar Che Yah.
Kami sekeluarga bertolak dari Perlis pada petang Jumaat 4/9/2015 pukul3.30petang dengan satu kereta MPV Honda Odyssey (hasil dpd Bonus Kereta Shaklee).
1 kereta lagi abang ipar & adik ipar bertolak dari KL pagi sabtu 5/9/2015.Jadi kami janji jumpa di Simpang Pulai pada pagi 5/9/2015 sebelum naik Ke Cameron Highland sama2.Konvoi 2 kereta.
Kami sampai di Simpang Pulai waktu maghrib & buat keputusan bermalam dulu 1 malam di hotel area Simpang Pulai ni sebab plan kami ingin naik Ke Cameron Highland esok pagi kul 8.00pagi sabtu 5/9/2015.
Jadi, abang ipar tolong carikan hotel di Simpang Pulai & kami pun dapat hotel di sana. Nama Hotel Tersebut CHECKED INN HOTEL.penginapan 1malam untuk 1 bilik RM50.Kami amik 2bilik.1 bilik untuk Che Yah sekeluarga (suami & 2 anak) & 1 bilik untuk mak& ayah mertua.
Oklah kan?..nak singgah tidur kejap jer..memang hotel ni recommended! Bersih & Baru!..sape2 nak bermalam di Simpang Pulai, silalah bermalam di hotel tersebut! :-) tolong promote plak :-).
Ok dah cukup rehat, pagi sabtu 5/9/2015 kami bertolak naik ke Cameron Highland kul 8.30 pagi. On the way ke Cameron kami singgah dulu tuk breakfasr di sebuah kedai makan tepi jalan sambil tunggu abang ipar & adik ipar sampai.
Lebih kurang kul 10 pagi kami konvoi 2 kereta naik cameron highland. Kami sampai Cameron lebih kurang pukul 2petang terus menuju ke tempat penginapan yang adik ipar dah booking dekat Anthurium Apartment.
Kami masuk Apartment dulu untuk berehat & mengambil keputusan untuk keluar jalan2 malam nanti ke Pasar Malam Brinchang.
Malam tu misi just nak keluar jalan-jalan & cari makan :-) mencari jagung manis bakar, ubi rebus, buah berangan, strawberry jeruk & trawberry fresh dapat jugak akhirnya:-)
Balik makan-makan & terus tidur..ahad pagi misi nak ke ladang Teh BOH ( BOH TEA CENTRE SUNGEI PALAS).Ahad pagi kul 10.30 Kami check out terus keluar jalan-jalan ke BOH TEA CENTRE & STRAWBERRY FARM.
Singgah minum teh & makan2 dulu..kejap..pastu gi shopping sikit produk BOH. Kemudian kami terus bertolak ke STRAWBERRY FARM plak
Dah puas makan ais krim strawberry, yogurt strawberry, coklat celup strawberry, cheese cake Strawberry..kami jalan2 kejap tgk bunga-bungaan lepastu kami bertolak balik. Kami singgah kejap di kedai tepi jalan on the way nak balik untuk beli jagung manis, ubi keledek, baju strawberry sepasang sorang untuk 2 orang anak syurga & bunga feveret kaktus kecik :-)
Dah selesai shopping :-) kami pun bertolak balik. Kami sampai rumah pukul 10malam sebab sebelum balik kami singgah makan dulu di Kuala Perlis.
Sekian story family trip kami :-) terima kasih kerana terus membaca story ini :-)
Jumpa di next entry plak :-)