Assalamu'alaikum & hai kepada semua follower & pembaca setia blog iniπ
Hari ini saya nak share info kesihatan berkaitan buah untuk diet yang berkesan untuk kurus!ππ..
Mesti ramai x sabar nak tahu kan?π
EPAL YANG LUAR BIASA!
Tahukah Anda kajian menunjukkan bahawa wanita yg memakan 3 biji epal setiap hari sebagai sebahagian diet rendah kalori mereka mampu mencapai matlamat mengurangkan berat badan dengan lebih berkesan. kajian ini tentunya menggembirakan bagi wanita yang ingin mengekalkan berat badan ideal secara semulajadi tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.
Buktinya tentu sahaja kerana epal mengandungi komponen nutrisi & khasiat yang lengkap bagi memenuhi keperluan kesihatan & gaya hidup masa kini. Biarpun ramai antara kita yang dimanjakan dengan pelbagai jenis makanan mengikut trend terkini, namun khasiat & manfaat nutrisi yang terkandung dalam epal tidak boleh di pandang enteng.
Sungguhpun epal bukan "buah kegemaran" sebahagian besar rakyat Malaysia, namun epal adalah satu-satunya buah yang "serba boleh". Malah sarat dengan antioksidan yang mampu memperlahankan proses penuaan sekaligun menjadikan wajah awet muda & sentiasa kelihatan cantik, ceria & bertenaga.
Paling penting epal juga mampu mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus & jantung.
Menurut perunding pakar diet, Indra Balaratnam wanita modem khususnya sering dilanda kebimbangan terutamanya dalam mengawal diet seimbang dan mengawal berat badan.
Justeru wanita sering tercari-cari dan mencuba makanan yang bukan sahaja kurang kalori tetapi bebas lemak & kolesterol.
"hakikatnya apa yang dicati-cari ialah makanan yang dapat mengawal nafsu makan. Bagi wanita yang lincah bergerak ke saba-sini & mencari-cari keseimbangan nutrisi dalam kehidupan harian, epal sangat sesuai kerana mengandungi nutrisi penting yang boleh memberi kesan positif terhadap kesihatan & kesejahteraan diri mereka," ujarnya yang ditemui sewaktu acara Apple of My Eye anjuran Washington Apples Commission baru-baru ini.
Kandungan yang terdapat dalam epal seperti serat, potassium, vitamin A,C dan antioksidan merupakan nutriwn penting untuk memelihara kesihatan jantung.
Menurut Hasil kajian Amarican Journal of Clinical Nutrition, memakan lebih banyak epal boleh mengelakkan penyakit jantung & kardiovascular.
Epal yang bernutrisi tinggi ini juga bukan sahaja berpatutan dari segi harga malah setanding dengan nilai buah-buahan superfruit lain seoerti beri biru & delima sekali gus menjadikan ia pilihan tepat seisi keluarga.
Jika anda malas nak kupas-kupas epal setiap pagi boleh mencuba shakes2..
Cinch shakes shaklee setiap pagi sebagai sarapan pagi anda yang berkhasiat, yang tinggi protein soya & serat..bagi membantu anda bertenaga setiap pagi & dalam masa yang sama berat badan anda dapat dikawal & shape up!
Sumber: majalah Harmoni edisi 1september 2014
No comments:
Post a Comment