Pembaca blog yang saya kasihi :-)..anda sihat hari ini??..alhamdulillah :-)
Di bawah ini..ada sedikit info yang saya nak share dengan anda semua :-)
[info]
"Kebaikan Penyusuan Ibu Kepada Ibu dan Bayi"
Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh
menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Terasa suatu nikmat yang sangat indah
dan tidak ternilai harganya :-). Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui
sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi
khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi
memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya
tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan
yang biasa di hidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung
bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit-birit di kalangan bayi.
Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada
penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari
jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif
disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan
dengan makanan tambahan sehingga 2 tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat
penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan
pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.
No comments:
Post a Comment